magic of touch

magic of touch
inspiration touch of nesz miyake (professional make up artist )

Sunday, December 5, 2010

haloween make up

mekap ini sesuai untuk di gayakan pada haloween party... serlahkan lagi dengan costume yg sesuai, sudah pasti anda akan di geruni pada malam tersebut, selamat mencuba.. sila post gambar anda ke facebook saya miyakei@ymail.com sekiranya anda memilih mekap ini untuk di gayakan di haloween party nanti..........

Thursday, October 7, 2010

12 petua sebelum naik pelamin

menjelang hari bahagia memeterai cinta pastinya mencetuskan pelbagai rasa. gembira, teruja, berdebar dan segala macam perasaan semuanya ada. kurangkan tekanan yang dirasa dan apa yang lebih penting tampilkan diri kamu sehabis cantik! saya kongsikan 12 petua yang saya rasakan perlu dan mesti anda cuba saat diikat sebagai isteri. kecantikan dan seri pengantin itu pasti menjadi milik anda dengan aplikasi petua warisan zaman berzaman.

SERI WAJAH PENGANTIN
untuk menaikkan seri muka , saya sarankan bakal pengantin mencuba petua ini. makan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. mulakan dengan bacaan selawat ke atas nabi dan surah al-fatihah, insyaallah wajah anda kelihatan berseri-seri di hari perkahwinan nanti.

MENCANTIKKAN KUKU TANGAN & KAKI
letakkan 5 hingga 10 keping asam keping dan garam halus ke dalam air suam. biarkan selama 15 minit dan rendamkan tangan atau kaki selama 20 hingga 30 minit. insyaallah kuku akan kelihatan lebih bersih dan cantik.

MEMUTIH & MENGILATKAN GIGI
ambil beberapa helai daun kelapa kering . kemudian bakar sehingga menjadi abu. gosokkan gigi dengan  abu daun kelapa tersebut. ulangi proses ini untuk dapatkn gigi yang lebih putih dan berkilat

HILANGKAN LEBAM BAWAH MATA
lekapkan pada bawah mata dengan uncang teh yang telah digunakan. biarkan semalaman dan lakukan 3 kali seminggu

MERAHKAN BIBIR & MUKA
sapukan bibir dan muka dengan madu lebah asli setiap malam. lakukan selama seminggu dan lihat hasilnya, kulit muka dan bibir akan kelihatan kemerah-merahan secara semulajadi.

HILANGKAN DAKI PADA KULIT TUBUH
amalkan menggosok hampas kelapa pada keseluruhan tubuh untuk menanggalkan daki. gosok juga pada bahagian pelipat seperti  leher, pangkal peha dan bawah lengan. lama kelamaan, daki beransur hilang dan kulit tubuh lebih bersih

HALUSKAN KULIT KAKI & TANGAN
sapukan minyak kelapa pada kaki atau tangan setiap malam. biarkan selama 20 minit lalu gosokkan hampas kelapa pada kaki dan tangan. selepas itu basuh bersih dengan air suam. insyaallah kulit kaki dan tangan lebih halus dan lembut

MATA BERSINAR
sepasang mata nan ayu dan segar pasti jadi dambaan kamu bukan? saya kongsikan rahsia mata bersinar secara semulajadi. basahkan kapas dan masukan ke dalam air teh pekat yang sejuk. kemudian pejamkan mata dan letakkan kapas tersebut pada mata beberapa ketika. amalkan beberapakali dalam seminggu dan insyaallah mata kamu sentiasa segar dan bersinar.

RAMBUT SELEMBUT SUTERA
jika kamu bercadang untuk membasuh rambut pada keesokan hari, lurutkan rambut dengan minyak bijan sebelum tidur. selepas bangun tidur pada waktu pagi. syampu rambut dan bilas sampai bersih. lap rambut sehingga hampir kering,. kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun untuk di jadikan perapi rambut. jika kamu berambut lurus, bolehlah di sikat terus, tetapi jika kamu berambut kerinting, seelok-eloknya di biarkan seketika dan kemudian barulah disikat. ia bertujuan mengelakkan hujung rambut daripada putus dan bercabang.

KULIT CERAH & LICIN
bosan dengan ritual mandi susu dan pupur untuk dapatkan kulit tubuh yang cerah? cuba ini, ambil sebiji limau nipis dan belah 2, gosokkan pada muka dan seluruh badan ketika mandi. insyaallah, kulit akan kelihatan cerah, licin dan harum.

KULIT MUKA KEMBALI BERMAYA
tumbuk beberapa helai daun kubis dan perah airnya. campurkan sedikit air dan 1 camca besar madu asli. kemudian sapu ramuan ini pada leher dan muka. biarkan lebih kurang 15 minit, kemudia cuci dengan kapas menggunakan air suam. hasilnya kulit wajah tegang, lembap, lembut, rasa lebih segar dan licin. amalkan 3 hingga 4 kali sebulan dan kamu akan memiliki kulit wajah yang cantik bermaya

MEWANGIKAN RAMBUT
ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. kemudian sapukan ke kepala, biarkan beberapa ketika, selepas itu barulah dicuci menggunakan air suam, ia boleh mewangikan rambut dan mencegah uban.

10 tips solekan pengantin

  • pinggirkan solekan mengikut trend semasa. sebagai ratu sehari, solekan selamat yang cantik sgt praktikal. yang ternd masa ini, belum tentu diterima bertahun- tahun yang akan datang. ingat, moment ini bakal terakam di album gambar dan akan menjadi tatapan anak cucumu nanti. adakah kamu mahu diketawakan mereka, lantaran solekan kamu yang pelik pada zaman mereka kelak?
  • less is more, itu pepatah inggeris tentang solekan kawin. dan ia benar untuk mereka yang memiliki wajah dan kulit sedia cantik. less is more sangat subjektif. kamu memang boleh bersederhana tetapi jangan sampai kelihatan sangat biasa di hari gemilangmu itu.
  • antara aspek penting yang perlu di ambil kira ialah fotografi. untuk kelihatan cantik terakam di kamera. gunalah bedak asas jenis pusam yang dapat menyerap cahaya, kerana kebanyakkan jurugambar akan menggunakan cahaya semulajadi untuk rakaman gambar kawin.
  • awasi keningmu. ada pengantin yang enggan mencabut bulu keningnya. jika begitu gunakan lilin atau penyamar cela untuk menutup bentuk alis yang tidak sempurna. harus diingat, kening adalah tiang seri wajah. perlu kelihatan kemas dan penuh disepanjang bentuknya.
  • pastikan alat solek yang digunakan kalis air seperti maskara dan pensel mata. ini untuk memastikan ia tidak luntur dek peluh mahupun air mata.
  • pilihan warna pembayang mata yang selamat adalah warna-warna tanah seperti coklat dan gangsa. namun, jika mahu bermain dengan warna, pilihlah variasi yang harmorni dengan kulit seperti ungu, biru, hijau dan merah jambu.untuk kelihatan semulajadi, adunkan warna itu dengan pembayang kecoklatan. tengoklah hasilnya, sungguh cantik!
  • tidak sah solekan pengantin tanpa bulu mata palsu.boleh dipakai tetapi pilihlah saiz dan bentuk bulunya yang tidak terlalu galak atau aneh. pilihlah yang kelihatan normal untuk saiz mata asli kamu.
  • begitu juga buat kanta lekap. pilihlah warna yang tidak canggung untuk wanita asia seperti hazel, coklat atau kelabu gelap.
  • untuk mengelakkan solekan bibir luntur dek terkena air dan gelas nanti, pastikan kamu menggunakan gincu yang warnanya tahan lama atau pusam dan kemudian disapu pengilat bibir.
  • kebanyakkan jurusolek sekarang, tidak akan menunggu pengantin sehingga habis bersanding. justeru maklumkan kepada pengapit untuk membuat touch up kala muka berminyak. setidak-tidaknya ada bedak padat dan puff disisinya. pertama sekali minyak perlu diserap menggunakan tisu pedap minyak,. kemudian tekap-tekapkan puff dibahagian wajah yang mula luntur. ingat, jangan sesekali puff dileretkan pada kulit!

Monday, September 27, 2010

pelamin inderaloka cinta

ini adalah percubaan kali kedua saya membuat pelamin, keluarga telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk membuat pelamin, jadi saya harus buat yang terbaik. dari segi hiasan, aksesori dan warna memang saya yang cadangkan dan berbincang dengan pasangan pengantin, mereka bersetuju dengan idea yang  saya cadangkan, saya dibantu oleh teman saya iaitu diddy untuk menyiapkannya, masa yang di ambil untuk menyiapkan pelamin ini adalah 1 hari. ini ialah pelamin perkahwinan sepupu saya..