magic of touch

magic of touch
inspiration touch of nesz miyake (professional make up artist )

Sunday, December 5, 2010

haloween make up

mekap ini sesuai untuk di gayakan pada haloween party... serlahkan lagi dengan costume yg sesuai, sudah pasti anda akan di geruni pada malam tersebut, selamat mencuba.. sila post gambar anda ke facebook saya miyakei@ymail.com sekiranya anda memilih mekap ini untuk di gayakan di haloween party nanti..........

Thursday, October 7, 2010

12 petua sebelum naik pelamin

menjelang hari bahagia memeterai cinta pastinya mencetuskan pelbagai rasa. gembira, teruja, berdebar dan segala macam perasaan semuanya ada. kurangkan tekanan yang dirasa dan apa yang lebih penting tampilkan diri kamu sehabis cantik! saya kongsikan 12 petua yang saya rasakan perlu dan mesti anda cuba saat diikat sebagai isteri. kecantikan dan seri pengantin itu pasti menjadi milik anda dengan aplikasi petua warisan zaman berzaman.

SERI WAJAH PENGANTIN
untuk menaikkan seri muka , saya sarankan bakal pengantin mencuba petua ini. makan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. mulakan dengan bacaan selawat ke atas nabi dan surah al-fatihah, insyaallah wajah anda kelihatan berseri-seri di hari perkahwinan nanti.

MENCANTIKKAN KUKU TANGAN & KAKI
letakkan 5 hingga 10 keping asam keping dan garam halus ke dalam air suam. biarkan selama 15 minit dan rendamkan tangan atau kaki selama 20 hingga 30 minit. insyaallah kuku akan kelihatan lebih bersih dan cantik.

MEMUTIH & MENGILATKAN GIGI
ambil beberapa helai daun kelapa kering . kemudian bakar sehingga menjadi abu. gosokkan gigi dengan  abu daun kelapa tersebut. ulangi proses ini untuk dapatkn gigi yang lebih putih dan berkilat

HILANGKAN LEBAM BAWAH MATA
lekapkan pada bawah mata dengan uncang teh yang telah digunakan. biarkan semalaman dan lakukan 3 kali seminggu

MERAHKAN BIBIR & MUKA
sapukan bibir dan muka dengan madu lebah asli setiap malam. lakukan selama seminggu dan lihat hasilnya, kulit muka dan bibir akan kelihatan kemerah-merahan secara semulajadi.

HILANGKAN DAKI PADA KULIT TUBUH
amalkan menggosok hampas kelapa pada keseluruhan tubuh untuk menanggalkan daki. gosok juga pada bahagian pelipat seperti  leher, pangkal peha dan bawah lengan. lama kelamaan, daki beransur hilang dan kulit tubuh lebih bersih

HALUSKAN KULIT KAKI & TANGAN
sapukan minyak kelapa pada kaki atau tangan setiap malam. biarkan selama 20 minit lalu gosokkan hampas kelapa pada kaki dan tangan. selepas itu basuh bersih dengan air suam. insyaallah kulit kaki dan tangan lebih halus dan lembut

MATA BERSINAR
sepasang mata nan ayu dan segar pasti jadi dambaan kamu bukan? saya kongsikan rahsia mata bersinar secara semulajadi. basahkan kapas dan masukan ke dalam air teh pekat yang sejuk. kemudian pejamkan mata dan letakkan kapas tersebut pada mata beberapa ketika. amalkan beberapakali dalam seminggu dan insyaallah mata kamu sentiasa segar dan bersinar.

RAMBUT SELEMBUT SUTERA
jika kamu bercadang untuk membasuh rambut pada keesokan hari, lurutkan rambut dengan minyak bijan sebelum tidur. selepas bangun tidur pada waktu pagi. syampu rambut dan bilas sampai bersih. lap rambut sehingga hampir kering,. kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun untuk di jadikan perapi rambut. jika kamu berambut lurus, bolehlah di sikat terus, tetapi jika kamu berambut kerinting, seelok-eloknya di biarkan seketika dan kemudian barulah disikat. ia bertujuan mengelakkan hujung rambut daripada putus dan bercabang.

KULIT CERAH & LICIN
bosan dengan ritual mandi susu dan pupur untuk dapatkan kulit tubuh yang cerah? cuba ini, ambil sebiji limau nipis dan belah 2, gosokkan pada muka dan seluruh badan ketika mandi. insyaallah, kulit akan kelihatan cerah, licin dan harum.

KULIT MUKA KEMBALI BERMAYA
tumbuk beberapa helai daun kubis dan perah airnya. campurkan sedikit air dan 1 camca besar madu asli. kemudian sapu ramuan ini pada leher dan muka. biarkan lebih kurang 15 minit, kemudia cuci dengan kapas menggunakan air suam. hasilnya kulit wajah tegang, lembap, lembut, rasa lebih segar dan licin. amalkan 3 hingga 4 kali sebulan dan kamu akan memiliki kulit wajah yang cantik bermaya

MEWANGIKAN RAMBUT
ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. kemudian sapukan ke kepala, biarkan beberapa ketika, selepas itu barulah dicuci menggunakan air suam, ia boleh mewangikan rambut dan mencegah uban.

10 tips solekan pengantin

  • pinggirkan solekan mengikut trend semasa. sebagai ratu sehari, solekan selamat yang cantik sgt praktikal. yang ternd masa ini, belum tentu diterima bertahun- tahun yang akan datang. ingat, moment ini bakal terakam di album gambar dan akan menjadi tatapan anak cucumu nanti. adakah kamu mahu diketawakan mereka, lantaran solekan kamu yang pelik pada zaman mereka kelak?
  • less is more, itu pepatah inggeris tentang solekan kawin. dan ia benar untuk mereka yang memiliki wajah dan kulit sedia cantik. less is more sangat subjektif. kamu memang boleh bersederhana tetapi jangan sampai kelihatan sangat biasa di hari gemilangmu itu.
  • antara aspek penting yang perlu di ambil kira ialah fotografi. untuk kelihatan cantik terakam di kamera. gunalah bedak asas jenis pusam yang dapat menyerap cahaya, kerana kebanyakkan jurugambar akan menggunakan cahaya semulajadi untuk rakaman gambar kawin.
  • awasi keningmu. ada pengantin yang enggan mencabut bulu keningnya. jika begitu gunakan lilin atau penyamar cela untuk menutup bentuk alis yang tidak sempurna. harus diingat, kening adalah tiang seri wajah. perlu kelihatan kemas dan penuh disepanjang bentuknya.
  • pastikan alat solek yang digunakan kalis air seperti maskara dan pensel mata. ini untuk memastikan ia tidak luntur dek peluh mahupun air mata.
  • pilihan warna pembayang mata yang selamat adalah warna-warna tanah seperti coklat dan gangsa. namun, jika mahu bermain dengan warna, pilihlah variasi yang harmorni dengan kulit seperti ungu, biru, hijau dan merah jambu.untuk kelihatan semulajadi, adunkan warna itu dengan pembayang kecoklatan. tengoklah hasilnya, sungguh cantik!
  • tidak sah solekan pengantin tanpa bulu mata palsu.boleh dipakai tetapi pilihlah saiz dan bentuk bulunya yang tidak terlalu galak atau aneh. pilihlah yang kelihatan normal untuk saiz mata asli kamu.
  • begitu juga buat kanta lekap. pilihlah warna yang tidak canggung untuk wanita asia seperti hazel, coklat atau kelabu gelap.
  • untuk mengelakkan solekan bibir luntur dek terkena air dan gelas nanti, pastikan kamu menggunakan gincu yang warnanya tahan lama atau pusam dan kemudian disapu pengilat bibir.
  • kebanyakkan jurusolek sekarang, tidak akan menunggu pengantin sehingga habis bersanding. justeru maklumkan kepada pengapit untuk membuat touch up kala muka berminyak. setidak-tidaknya ada bedak padat dan puff disisinya. pertama sekali minyak perlu diserap menggunakan tisu pedap minyak,. kemudian tekap-tekapkan puff dibahagian wajah yang mula luntur. ingat, jangan sesekali puff dileretkan pada kulit!

Monday, September 27, 2010

pelamin inderaloka cinta

ini adalah percubaan kali kedua saya membuat pelamin, keluarga telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk membuat pelamin, jadi saya harus buat yang terbaik. dari segi hiasan, aksesori dan warna memang saya yang cadangkan dan berbincang dengan pasangan pengantin, mereka bersetuju dengan idea yang  saya cadangkan, saya dibantu oleh teman saya iaitu diddy untuk menyiapkannya, masa yang di ambil untuk menyiapkan pelamin ini adalah 1 hari. ini ialah pelamin perkahwinan sepupu saya..

solekan ala 50an & 60an

ini adalah contoh mekap tahun 50an dan 60an, saya membuat researh dan banyak bertanya dari orang tua zaman dulu, jadi inilah hasilnya..

Thursday, September 23, 2010

RATU KEBAYA 2010


kali ni saya menggalas beban yang amat berat, pihak penganjur agak cerewet, mereka mahukan imej sebenar gadis  zaman dulu dulu dari segi pakaian, solekan, dandanan rambut dan aksesori, memandangkan saya adalah generasi baru, benda benda tu semua agak sukar untuk saya lakukan, tapi saya tak mudah mengalah " I'LL TAKE IT AS A CHALLANGE ",  saya sanggup bersengkang mata semalaman untuk membuat reserch.. dan hasil yang saya perolehi ialah, solekan zaman dulu memang lebih kepada celak mata dan kening yang  pekat, manakala gincunya pula adalah merah pekat, kerana pada zaman dulu, itu sajalah warna yang ada. tiada pilihan lain, tetapi saya sesuaikan juga mengikut peredaran semasa tanpa melupakan yang aslinya

BARANG HANTARAN

bagaimana membuat pilihan yang tepat?
persiapan bagi yang mendirikan rumah tangga ialah kewangan yang kukuh, bajet yang kurang atau tidak cukup menyebabkan pertelingkahan kedua dua belah pihak. ramai yang mengambil mudah tentang masalah kewangan ini dengan membuat pinjaman daripada kawan atau pihak bank untuk merialisasikan majlis pertunangan ataupun perkahwinan. perkahwinan atas dasar kesederhanaan dan tidak menunjuk- nunjuk memang baik dan mengelakkan pembaziran. terpulang kepada setiap individu itu sendiri bagaimana untuk memeriahkan majlis perkahwinan yang bakal di adakan. kesimpulannya adalah anda perlu bijak dalam merancang bajet kewangan bagi merialisasikan impian pertunangan atau perkahwinan anda yang sempurna.untuk bijak berbelanja dan membuat pilihan yang tepat, senaraikan barang barang yang ingin di beli, jenama yang mampu anda beli berdasarkan kewangan anda, keperluan barang itu sendiri, dan kualiti supaya pembelian anda 'berbaloi'. untuk memilih barang hantaran , anda boleh mengambil kira minat pasangan anda, warna kegemarannya, dan yang penting keperluan pasangan anda, selepas membeli barang hantaran pasangan anda, anda juga pelu bijak menjimatkan kos ketika membuat gubahan hantaran. untuk lebih jimat, anda bolah mengubah hantaran sama ada menggunakan bunga segar ataupun bunga tiruan. anda juga perlu bijak mimilih hiasan untuk setiap gubahan tersebut

10 tips segarkan sirih junjung

jika diikut adat perkahwinan melayu, sirih diletak sebagai ketua di barisan barang hantaran.untuk menghasilkan gubahan yang menarik dan terlihat segar sepanjang majlis berlangsung, ikuti tip-tip berikut:

* daun 'sirih melayu' lebih cantik kerana warnanya yang hijau gelap dan saiznya yang lebar. pelengkap sirih seperti kapur, gambir, pinang dan lain-lain jangan dilupakan
* bagi daun sirih yang tulen, sapuan minyak masak ataupun minyak zaitun mampu menaikkan seri sirih. ia juga amat membantu dalam proses melipat daun sirih.
* gunakan peniti yang sesuai untuk gubahan, peniti yang mempunyai kepala adalah lebih sesuai bagi mengelakkan lipatan daun terurai kerana daun sirih mudah terkoyak
* anda boleh menggunakan bunga segar sebagai penyeri seperti ros, lili dan harum sundal malam.

tip: hantaran menggunakan bunga segar seperti ini bukan sahaja nampak cantik, bahkan kelihatan segar, berbau harum dan ekslusif. sebagai proses penjagaan dalam memastikan ia kekal cantik pada keesokan harinya, ikuti panduan berikut:

* beli bunga sehari sebelum majlis berlangsung untuk digubah.
* pastikan batabg bunga direndam di dalam air yang bersih. elakkan dari meggunakan air berklorin tinggi.
* jangan rendam di dalam air yang banyak kerana batangnya akan mudah busuk atau rosak.
* letakkan bunga dalam suasana suhu bilik.
* elakkan dari membuka kipas terlalu kuat bagi mengelakkan bunga tersebut lebam
* jika menggunakan bunga segar celup atau bunga yang diwarnai, jangan merenjis bunga tersebut untuk mengelakkan warnanya luntur

my favourite product

ini adalah salah satu produk kegemaran saya, memang sangat berkualiti. walaupun sedikit mahal tapi saya cukup berpuashati dengan hasilnya...

studio make up

kali ni saya di minta untuk menyolek bakal pengantin bagi sesi fotografi untuk membuat banner perkhahwinan, model kita ni tak banyak sangat masalah kulit wajah cuma matanya agak bengkak, solekan yang di aplikasikan adalah studio make up, nesz menasihatkan model supaya tidak mekap keterlaluan kerana bimbang jika kali ni di mekap agak berlebihan, ia akan menjadi perbandingan semasa hari sanding nya nanti, "biar kali ni kita mekap lebih simple & natural supaya hari sandingnya nanti awak nampak lebih menyerlah,  tak nak lah wajah awak dalam banner ni nanti lebih menyerlah dari hari persandingan nanti " begitulah cadangan saya pada model ini, dan bersyukur beliau bersetuju dengan cadangan saya.. dia kata" buatlah apa saja yang awak rasa terbaik untuk saya, saya serahkan pada yang pakar, saya percaya pada kebolahan awak"

tips bibir lembab cantik

penampilan wanita tidak sempurna kemasannya jika tak bergincu.tetapi apalah gunanya menonyoh gincu selalu jika bibir tidak berjaga. bibir yang sentiasa lembab, tidak berkuping, tidak merekah dan tidak banyak garis kedutnya membantu membuat wajah wanita tampak menawan. tentukan sebelum tidur sentiasa menyapu salap bibir dan setiap kali sebelum dan selepas bergincu tidak lupa pedapkan salap. sebelum mencuci muka tanggalkan dahulu sisa gincu di bibir. elakkan menjilat bibir, ia membuatkan bibir menjadi kering.  walaupun bibir anda melanin tetapi ia tiada sebaceous gland, maka itu ia mesti sentiasa lembab. pilih gincu berpelembab dan sentiasa lindunginya daripada mentari

Wednesday, September 22, 2010

tips bedak asas sepadan kulit

bedak asas dicipta untuk menyembunyikan cacat cela kulit wajah. secantik mana pun kulit, tetap ada kekurangan yang perlukan penyamaran. kini bedak asas lebih asli semulajadi, hampir sukar dikesan.untuk memiliki bedak asas sebegini, use the sheerest coverage you can,mencari nada yang tepat, calitkan beberapa pilihan pada leher atau tulang rahang  ( bahagian kulit muka yang paling cerah ) sapukan dan lihatlah pada cahaya asli, nada yang sesuai akan hilang meresap ke kulit. ketika memakainya, sapukan nipis pelembab dan biarkan seketika untuk meresap. gunakan span lembab, tuang sejumlah kecil bedak asas pada telapak tangan dan kemudian cecahkan hujung span padanya dan sapukan rata selapisan nipis pada seluruh muka. begitu juga jika memakai bedak asas jenis batang . rata licinkan menghala ke bawah bermula di dahi hingga bawah tulang rahang.

jenis - jenis mekap & harga

day make up                 rm30
trendy make up            rm35
night make up              rm35
dinner make up            rm50++
studio make up            rm120++
stage make up             rm150++
enggaged make up     rm200
akad nikah make up  rm250
sanding make up        rm300++

harga akan berubah mengikut demand anda;

outdoor photoshoot session