Thursday, September 30, 2010
Monday, September 27, 2010
pelamin inderaloka cinta
ini adalah percubaan kali kedua saya membuat pelamin, keluarga telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk membuat pelamin, jadi saya harus buat yang terbaik. dari segi hiasan, aksesori dan warna memang saya yang cadangkan dan berbincang dengan pasangan pengantin, mereka bersetuju dengan idea yang saya cadangkan, saya dibantu oleh teman saya iaitu diddy untuk menyiapkannya, masa yang di ambil untuk menyiapkan pelamin ini adalah 1 hari. ini ialah pelamin perkahwinan sepupu saya..
solekan ala 50an & 60an
ini adalah contoh mekap tahun 50an dan 60an, saya membuat researh dan banyak bertanya dari orang tua zaman dulu, jadi inilah hasilnya..
Thursday, September 23, 2010
RATU KEBAYA 2010
kali ni saya menggalas beban yang amat berat, pihak penganjur agak cerewet, mereka mahukan imej sebenar gadis zaman dulu dulu dari segi pakaian, solekan, dandanan rambut dan aksesori, memandangkan saya adalah generasi baru, benda benda tu semua agak sukar untuk saya lakukan, tapi saya tak mudah mengalah " I'LL TAKE IT AS A CHALLANGE ", saya sanggup bersengkang mata semalaman untuk membuat reserch.. dan hasil yang saya perolehi ialah, solekan zaman dulu memang lebih kepada celak mata dan kening yang pekat, manakala gincunya pula adalah merah pekat, kerana pada zaman dulu, itu sajalah warna yang ada. tiada pilihan lain, tetapi saya sesuaikan juga mengikut peredaran semasa tanpa melupakan yang aslinya
BARANG HANTARAN
bagaimana membuat pilihan yang tepat?
persiapan bagi yang mendirikan rumah tangga ialah kewangan yang kukuh, bajet yang kurang atau tidak cukup menyebabkan pertelingkahan kedua dua belah pihak. ramai yang mengambil mudah tentang masalah kewangan ini dengan membuat pinjaman daripada kawan atau pihak bank untuk merialisasikan majlis pertunangan ataupun perkahwinan. perkahwinan atas dasar kesederhanaan dan tidak menunjuk- nunjuk memang baik dan mengelakkan pembaziran. terpulang kepada setiap individu itu sendiri bagaimana untuk memeriahkan majlis perkahwinan yang bakal di adakan. kesimpulannya adalah anda perlu bijak dalam merancang bajet kewangan bagi merialisasikan impian pertunangan atau perkahwinan anda yang sempurna.untuk bijak berbelanja dan membuat pilihan yang tepat, senaraikan barang barang yang ingin di beli, jenama yang mampu anda beli berdasarkan kewangan anda, keperluan barang itu sendiri, dan kualiti supaya pembelian anda 'berbaloi'. untuk memilih barang hantaran , anda boleh mengambil kira minat pasangan anda, warna kegemarannya, dan yang penting keperluan pasangan anda, selepas membeli barang hantaran pasangan anda, anda juga pelu bijak menjimatkan kos ketika membuat gubahan hantaran. untuk lebih jimat, anda bolah mengubah hantaran sama ada menggunakan bunga segar ataupun bunga tiruan. anda juga perlu bijak mimilih hiasan untuk setiap gubahan tersebut

10 tips segarkan sirih junjung
jika diikut adat perkahwinan melayu, sirih diletak sebagai ketua di barisan barang hantaran.untuk menghasilkan gubahan yang menarik dan terlihat segar sepanjang majlis berlangsung, ikuti tip-tip berikut:
* daun 'sirih melayu' lebih cantik kerana warnanya yang hijau gelap dan saiznya yang lebar. pelengkap sirih seperti kapur, gambir, pinang dan lain-lain jangan dilupakan
* bagi daun sirih yang tulen, sapuan minyak masak ataupun minyak zaitun mampu menaikkan seri sirih. ia juga amat membantu dalam proses melipat daun sirih.
* gunakan peniti yang sesuai untuk gubahan, peniti yang mempunyai kepala adalah lebih sesuai bagi mengelakkan lipatan daun terurai kerana daun sirih mudah terkoyak
* anda boleh menggunakan bunga segar sebagai penyeri seperti ros, lili dan harum sundal malam.
tip: hantaran menggunakan bunga segar seperti ini bukan sahaja nampak cantik, bahkan kelihatan segar, berbau harum dan ekslusif. sebagai proses penjagaan dalam memastikan ia kekal cantik pada keesokan harinya, ikuti panduan berikut:
* beli bunga sehari sebelum majlis berlangsung untuk digubah.
* pastikan batabg bunga direndam di dalam air yang bersih. elakkan dari meggunakan air berklorin tinggi.
* jangan rendam di dalam air yang banyak kerana batangnya akan mudah busuk atau rosak.
* letakkan bunga dalam suasana suhu bilik.
* elakkan dari membuka kipas terlalu kuat bagi mengelakkan bunga tersebut lebam
* jika menggunakan bunga segar celup atau bunga yang diwarnai, jangan merenjis bunga tersebut untuk mengelakkan warnanya luntur

my favourite product
ini adalah salah satu produk kegemaran saya, memang sangat berkualiti. walaupun sedikit mahal tapi saya cukup berpuashati dengan hasilnya...
studio make up
kali ni saya di minta untuk menyolek bakal pengantin bagi sesi fotografi untuk membuat banner perkhahwinan, model kita ni tak banyak sangat masalah kulit wajah cuma matanya agak bengkak, solekan yang di aplikasikan adalah studio make up, nesz menasihatkan model supaya tidak mekap keterlaluan kerana bimbang jika kali ni di mekap agak berlebihan, ia akan menjadi perbandingan semasa hari sanding nya nanti, "biar kali ni kita mekap lebih simple & natural supaya hari sandingnya nanti awak nampak lebih menyerlah, tak nak lah wajah awak dalam banner ni nanti lebih menyerlah dari hari persandingan nanti " begitulah cadangan saya pada model ini, dan bersyukur beliau bersetuju dengan cadangan saya.. dia kata" buatlah apa saja yang awak rasa terbaik untuk saya, saya serahkan pada yang pakar, saya percaya pada kebolahan awak"
tips bibir lembab cantik
penampilan wanita tidak sempurna kemasannya jika tak bergincu.tetapi apalah gunanya menonyoh gincu selalu jika bibir tidak berjaga. bibir yang sentiasa lembab, tidak berkuping, tidak merekah dan tidak banyak garis kedutnya membantu membuat wajah wanita tampak menawan. tentukan sebelum tidur sentiasa menyapu salap bibir dan setiap kali sebelum dan selepas bergincu tidak lupa pedapkan salap. sebelum mencuci muka tanggalkan dahulu sisa gincu di bibir. elakkan menjilat bibir, ia membuatkan bibir menjadi kering. walaupun bibir anda melanin tetapi ia tiada sebaceous gland, maka itu ia mesti sentiasa lembab. pilih gincu berpelembab dan sentiasa lindunginya daripada mentari
Wednesday, September 22, 2010
tips bedak asas sepadan kulit
bedak asas dicipta untuk menyembunyikan cacat cela kulit wajah. secantik mana pun kulit, tetap ada kekurangan yang perlukan penyamaran. kini bedak asas lebih asli semulajadi, hampir sukar dikesan.untuk memiliki bedak asas sebegini, use the sheerest coverage you can,mencari nada yang tepat, calitkan beberapa pilihan pada leher atau tulang rahang ( bahagian kulit muka yang paling cerah ) sapukan dan lihatlah pada cahaya asli, nada yang sesuai akan hilang meresap ke kulit. ketika memakainya, sapukan nipis pelembab dan biarkan seketika untuk meresap. gunakan span lembab, tuang sejumlah kecil bedak asas pada telapak tangan dan kemudian cecahkan hujung span padanya dan sapukan rata selapisan nipis pada seluruh muka. begitu juga jika memakai bedak asas jenis batang . rata licinkan menghala ke bawah bermula di dahi hingga bawah tulang rahang.
jenis - jenis mekap & harga
day make up rm30
trendy make up rm35
night make up rm35
dinner make up rm50++
studio make up rm120++
stage make up rm150++
enggaged make up rm200
akad nikah make up rm250
sanding make up rm300++
harga akan berubah mengikut demand anda;

Subscribe to:
Posts (Atom)