- pinggirkan solekan mengikut trend semasa. sebagai ratu sehari, solekan selamat yang cantik sgt praktikal. yang ternd masa ini, belum tentu diterima bertahun- tahun yang akan datang. ingat, moment ini bakal terakam di album gambar dan akan menjadi tatapan anak cucumu nanti. adakah kamu mahu diketawakan mereka, lantaran solekan kamu yang pelik pada zaman mereka kelak?
- less is more, itu pepatah inggeris tentang solekan kawin. dan ia benar untuk mereka yang memiliki wajah dan kulit sedia cantik. less is more sangat subjektif. kamu memang boleh bersederhana tetapi jangan sampai kelihatan sangat biasa di hari gemilangmu itu.
- antara aspek penting yang perlu di ambil kira ialah fotografi. untuk kelihatan cantik terakam di kamera. gunalah bedak asas jenis pusam yang dapat menyerap cahaya, kerana kebanyakkan jurugambar akan menggunakan cahaya semulajadi untuk rakaman gambar kawin.
- awasi keningmu. ada pengantin yang enggan mencabut bulu keningnya. jika begitu gunakan lilin atau penyamar cela untuk menutup bentuk alis yang tidak sempurna. harus diingat, kening adalah tiang seri wajah. perlu kelihatan kemas dan penuh disepanjang bentuknya.
- pastikan alat solek yang digunakan kalis air seperti maskara dan pensel mata. ini untuk memastikan ia tidak luntur dek peluh mahupun air mata.
- pilihan warna pembayang mata yang selamat adalah warna-warna tanah seperti coklat dan gangsa. namun, jika mahu bermain dengan warna, pilihlah variasi yang harmorni dengan kulit seperti ungu, biru, hijau dan merah jambu.untuk kelihatan semulajadi, adunkan warna itu dengan pembayang kecoklatan. tengoklah hasilnya, sungguh cantik!
- tidak sah solekan pengantin tanpa bulu mata palsu.boleh dipakai tetapi pilihlah saiz dan bentuk bulunya yang tidak terlalu galak atau aneh. pilihlah yang kelihatan normal untuk saiz mata asli kamu.
- begitu juga buat kanta lekap. pilihlah warna yang tidak canggung untuk wanita asia seperti hazel, coklat atau kelabu gelap.
- untuk mengelakkan solekan bibir luntur dek terkena air dan gelas nanti, pastikan kamu menggunakan gincu yang warnanya tahan lama atau pusam dan kemudian disapu pengilat bibir.
- kebanyakkan jurusolek sekarang, tidak akan menunggu pengantin sehingga habis bersanding. justeru maklumkan kepada pengapit untuk membuat touch up kala muka berminyak. setidak-tidaknya ada bedak padat dan puff disisinya. pertama sekali minyak perlu diserap menggunakan tisu pedap minyak,. kemudian tekap-tekapkan puff dibahagian wajah yang mula luntur. ingat, jangan sesekali puff dileretkan pada kulit!
Thursday, October 7, 2010
10 tips solekan pengantin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment