magic of touch

magic of touch
inspiration touch of nesz miyake (professional make up artist )

Thursday, September 23, 2010

10 tips segarkan sirih junjung

jika diikut adat perkahwinan melayu, sirih diletak sebagai ketua di barisan barang hantaran.untuk menghasilkan gubahan yang menarik dan terlihat segar sepanjang majlis berlangsung, ikuti tip-tip berikut:

* daun 'sirih melayu' lebih cantik kerana warnanya yang hijau gelap dan saiznya yang lebar. pelengkap sirih seperti kapur, gambir, pinang dan lain-lain jangan dilupakan
* bagi daun sirih yang tulen, sapuan minyak masak ataupun minyak zaitun mampu menaikkan seri sirih. ia juga amat membantu dalam proses melipat daun sirih.
* gunakan peniti yang sesuai untuk gubahan, peniti yang mempunyai kepala adalah lebih sesuai bagi mengelakkan lipatan daun terurai kerana daun sirih mudah terkoyak
* anda boleh menggunakan bunga segar sebagai penyeri seperti ros, lili dan harum sundal malam.

tip: hantaran menggunakan bunga segar seperti ini bukan sahaja nampak cantik, bahkan kelihatan segar, berbau harum dan ekslusif. sebagai proses penjagaan dalam memastikan ia kekal cantik pada keesokan harinya, ikuti panduan berikut:

* beli bunga sehari sebelum majlis berlangsung untuk digubah.
* pastikan batabg bunga direndam di dalam air yang bersih. elakkan dari meggunakan air berklorin tinggi.
* jangan rendam di dalam air yang banyak kerana batangnya akan mudah busuk atau rosak.
* letakkan bunga dalam suasana suhu bilik.
* elakkan dari membuka kipas terlalu kuat bagi mengelakkan bunga tersebut lebam
* jika menggunakan bunga segar celup atau bunga yang diwarnai, jangan merenjis bunga tersebut untuk mengelakkan warnanya luntur

No comments:

Post a Comment